Wednesday, February 16, 2011

Penyakit dulu datang lagi..!!!

Bukan demam..bukan batuk..bukan selsema..penyakit yang aku maksudkan nie,tak datang mood nak menulis blog nie dah datang balik,sampai hari kebesaran dalam islam pun aku tak wish kat sini..ok la...walaupun aku tak wish btul2 dengan tarikh 12 rabi'ul awal,tapi skang nie pun masih lagi dalam bulan maulud,jadi tak salah untuk aku ucapkan kepada semua pengunjung blog ini dengan selamat menyambut maulidur rasul..dan BAGINDA sentiasa hidup pada hati-hati kita semua.Dan ambillah bulan ini sebagai bulan untuk bertambah himmah,semangat untuk nak banyakkan selawat kepada baginda.Adalah satu jaminan,orang yang banyak berselawat kepada BAGINDA tidak akan rugi walau sedikit sekali pun,bahkan sentiasa dalam keuntungan.Dan betapa aku meyakini keadaan ini kerana,tidak ada pun orang yang mengamalkan selawat ini melainkan ALLAH menjanjikan rahmat kepada orang itu seperti didalam hadis baginda S.A.W,yang mana beliau merupakan seorang yang tidak pernah menipu dalam bercakap.jadi,kenag-kenangkan kesusahan baginda,dan hayati keprihatinan baginda kepada umat beliau,semoga dengan kisah-kisah yang seumpama itu mampu memberi kepada kita suatau rasa...suatu perasaan..cinta...sayang...bangga..dan kagum dengan beliau..kerana beliau adalah terlalu istimewa bagi setiap diri kita....

No comments:

Post a Comment