Tuesday, February 22, 2011

Stok terbaru dengan kami...DINAR GCP UNTUK DIJUAL.


Stok Sedia untuk DIJUAL...
1 DINAR GCP 999.9 = 10 KEPING
GOLD BAR GCP 20 GRAM  = 1 KEPING
RANTAI TANGAN GAJAH 30GRAM = 1 UTAS
RANTAI TANGAN PASIR PADU 10GRAM = 1 UTAS
RANTAI TANGAN PASIR PADU 100GRAM = 1 UTAS

Untuk pembelian,lihat HARGA SEMASA GCP pada ruangan sebelah.
untuk mendapatkan barang-barang tersebut,sila hubungi; muhammad hanafi di talian: 012-984 5053

Friday, February 18, 2011

Sedia untuk menerima tempahan

STOK SEDIA ADA... 
1 PCS GOLD BAR GCP 20GRAM
4 PCS DINAR GCP 999.9
1 RANTAI TANGAN PASIR PADU 10GRAM


Thursday, February 17, 2011

Suntikan modal kedua dari separuh yang pertama bagi tahun 2011


Kali nie aku tunjuk direct dari acc aku,bukan seperti yang sebelum nie,aku cuma tunjuk statement..kali nie nak bagi ingat kat diri aku,modal untuk tahun 2011 dah ade,tinggal lagi kesungguhan aku nak main,untuk nak bagi gandakan duit tuh dari jumlah itu kepada jumlah yang lagi besar dari itu(mudah-mudahan..amin..). memang bukan satu perkara mudah untuk mencapai,tapi ia bukan mustahil untuk digapai.dengan ilmu yang dipelajari dan sedikit pengalaman...aku mencuba dan ikhtiar untuk mencari rezeki dari lubuk ini..mudah-mudahan berhasil..amin..perkenankanlah wahai tuhan semesta alam ini.

Wednesday, February 16, 2011

Forex...dah lama aku tak bukak...

dah hampir seminggu lepas dari suntikan modal pertama,aku tak bukak-bukak forex..bukan ape,semua nie sebab masalah internet.Kalu aku dah balik rumah tuh,bleh la aku run pc 24 jam..tapi skang nie aku cuma ngadap laptop,tambah lagi dengan brukband yang mempunyai kekuatan kelajuan yang agak tak menarik,jadi aku biarkan dulu modal aku tuh..nanti kalu dah sedia semua skali,baru aku akan run pc 24 jam..5hari seminggu,nak tgk camane modal tu beranak pinak..hehehe..tapi,walau pun begitu,risk tetap ade..juz aku cuma mampu mengurangkan jerk...tengok la camane..target tahun nie,aku boleh kumpulkan emas sehingga 5kg...heheheh..ok,result nie kita akan tengok bulan 12 nanti..mampu ke aku membeli emas lepas ini dengan menggunakan keuntungan dari forex..

Penyakit dulu datang lagi..!!!

Bukan demam..bukan batuk..bukan selsema..penyakit yang aku maksudkan nie,tak datang mood nak menulis blog nie dah datang balik,sampai hari kebesaran dalam islam pun aku tak wish kat sini..ok la...walaupun aku tak wish btul2 dengan tarikh 12 rabi'ul awal,tapi skang nie pun masih lagi dalam bulan maulud,jadi tak salah untuk aku ucapkan kepada semua pengunjung blog ini dengan selamat menyambut maulidur rasul..dan BAGINDA sentiasa hidup pada hati-hati kita semua.Dan ambillah bulan ini sebagai bulan untuk bertambah himmah,semangat untuk nak banyakkan selawat kepada baginda.Adalah satu jaminan,orang yang banyak berselawat kepada BAGINDA tidak akan rugi walau sedikit sekali pun,bahkan sentiasa dalam keuntungan.Dan betapa aku meyakini keadaan ini kerana,tidak ada pun orang yang mengamalkan selawat ini melainkan ALLAH menjanjikan rahmat kepada orang itu seperti didalam hadis baginda S.A.W,yang mana beliau merupakan seorang yang tidak pernah menipu dalam bercakap.jadi,kenag-kenangkan kesusahan baginda,dan hayati keprihatinan baginda kepada umat beliau,semoga dengan kisah-kisah yang seumpama itu mampu memberi kepada kita suatau rasa...suatu perasaan..cinta...sayang...bangga..dan kagum dengan beliau..kerana beliau adalah terlalu istimewa bagi setiap diri kita....

Sunday, February 13, 2011

Suntikan Modal pertama untuk tahun 2011

hujung minggu lepas,aku mula masukkan modal dalam acc forex aku sebanyak 4k..akan ada suntikan modal sesi kedua dalam suntukan pertama nie..sebab semua skali berjumlah 8k,tapi sebab kekurangan fund dari pihak admin,jadi aku tak dapat depo secukupnya..cuma separuh saja dulu..lepas nie baru aku tambah lagi 4k...hehehe..

Wednesday, February 2, 2011

Anda Bila Lagi???

Pelaburan emas ini adalah “Menyimpan Emas”, dengan melabur didalam emas, ia tidak bermakna emas tersebut diniagakan dimana-mana pasaran, cuma harga emas didunia yang naik dan turun secara moderate akan mengubah nilai simpanan saudara. Ada banyak faktor naik turun emas di pasaran semasa dunia,  lima antaranya;

1. Harga pasaran dolar (USD) dan Pasaran Makroekonomik Dunia
Kenaikan tekanan inflasi semasa, defisit dagangan menggunakan dollar dan pengelakan penggunaan matawang dollar dalam dagangan global akan menaikkan nilai emas.
2. China, India dan Pasaran Asia.
Dua negara yang mempunyai populasi terbesar didunia seperti China dan India turut mengubah landskap harga emas pasaran dunia. Memiliki emas di China baru sahaja dibenarkan pada tahun 2004, kemampuan rakyat China untuk memiliki emas semakin naik, permintaan emas menjadi lebih tinggi dan India, pembeli emas terbesar didunia pada masa kini, turut mengalami kenaikan permintaan untuk pelaburan emas disebabkan dagangan emas yang semakin ketat di Pasaran Dunia. Perkara yang berlaku di negara-negara ini contohnya Sukan Olimpik, Asia dan sebagainya turut mengubah harga pasaran emas semasa.
3. Permintaan Bank Pusat Negara.
Kelembapan jualan produk ekonomi dan jumlah hutang yang ditanggung menyebabkan banyak Bank Pusat setiap negara cuba membeli emas sebagai simpanan.
4. Kekurangan Pengeluaran Emas di Lombong
Hampir semua pengeluar emas utama didunia tidak mencapai target mereka dan kos pengeluaran serta pemprosesan yang semakin tinggi menyebabkan harga emas dunia semakin naik. Afrika Selatan sebagai negara pengeluar emas terbesar didunia turut mengalami penurunan dalam pengeluaran emas mereka.
5. Permintaan Pelaburan.
Ramai mula menyedari keperluan untuk melabur dan menyimpan emas didalam ekonomi sekarang menyebabkan permintaan untuk emas semakin tinggi dari sehari ke sehari.
Semua diatas antara 5 faktor utama yang mempengaruhi harga emas di pasaran dunia, untuk anda di Malaysia, apakah bentuk pelaburan yang terbaik? Pelaburan emas adalah simpanan, dengan anda membeli emas, bermaksud anda membeli untuk menyimpan bagi satu tempoh masa dan jual apabila harga emas naik. Untuk anda yang baru ingin bermula didalam pelaburan emas, anda mungkin tertanya bila waktu sesuai untuk membeli?

Teknik Keuntungan Berganda Dengan EMAS.

Terdapat 2 teknik manipulasi pajak gadai Ar-Rahnu.
Teknik 1: Pajak emas fizikal dan masukkan kedalam akaun GIA/GSPA.
Teknik 2: Pajak emas dan beli lagi emas fizikal.
TEKNIK 1: PAJAK EMAS FIZIKAL DAN MASUK GIA/GSPA
1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu. Hasil duit pajakan semuanya digunakan untuk membeli emas GIA Public Bank atau Maybank GSPA.
2. Bila harga emas naik, anda jual emas GIA dan tebus balik emas di Ar-Rahnu
p/s: Kelemahan teknik ini ialah anda cuma boleh pajakkan emas anda sekali sahaja. Bila hasil pajakan tersebut anda masukkan kedalam GIA/GSPA maka anda tidak boleh memajak lagi. Anda cuma boleh tunggu harga emas naik. Jika anda hendak untung lebih anda kena buat teknik 2 (diterangkan di bawah)
TEKNIK 2 : PAJAK EMAS DAN BELI LAGI EMAS FIZIKAL.
Teknik ini lagi best....
1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu. Beli lagi emas fizikal dengan hasil pajakan tersebut tersebut, contohnya Kijang Emas, UOB atau jongkong emas Public Gold (emas yang spreadnya kecil)
2. Pajak semula emas fizikal tersebut di Ar-Rahnu. Gunakan hasil pajakan kali kedua tersebut untuk membeli lagi emas fizikal. Anda boleh ulang-ulang proses ini sehingga 2-3 kali (kalau modal besar seperti RM100,000, maka anda boleh ulangi proses pajak ini banyak kali)
3. Di hujung proses ini, pastikan anda ada emas fizikal ditangan. Apabila harga emas naik, anda jual emas fizikal di tangan anda. Kemudian hasil jualan itu anda tebus emas di dalam Ar-Rahnu. Ulangi proses ini sehingga kesemua emas anda habis ditebus.
4. Di akhir proses, anda akan mendapat semula emas anda yang pertama. Anda akan mendapat untung kerana jualan emas hasil gadaian pada harga tinggi boleh menampung upah simpan di Ar-Rahnu bagi emas-emas yang digadaikan.

Dinar Emas..Sedia Untuk Dijual

Dinar adalah matawang islam yang diguna pakai pada zaman khalifah,tetapi selepas tamadun islam kalah dalam peperangan maka muncul  wang fiat yang dikeluarkan mengikut sukatan emas.Emas juga satu-satunya matawang yang tidak boleh di manipulasikan sebab ianya barang yang paling berharga dan tidak boleh diperbuat oleh kejanggihan teknologi,berbeza pula dengan wang fiat yang sewenang-wenangnya di cetak tidak mengikut ukuran sukatan emas.
Dinar pada zaman khalifah adalah tidak ada Spread  sebab ianya matawang sebagai barang penukaran dengan barang yang dijual seperti membeli Unta,mungkin pada zaman itu harga 1 ekor Unta adalah 1 Dinar.Disitu la berlakunya pertukarang matawang dinar dengan barang jualan.
Sekarang ramai yang menjual Dinar mengikut Spread harga jual  dan harga beli,mungkin ini menjadi satu soalan bagi anda kenapa Dinar ada diletakkan Spread diantara harga jual dan harga beli. Jawabannya adalah sekarang orang membeli Dinar hanya untuk koleksi dan simpanan,tidak boleh kita jadikan dinar sebagai matawang dalam komuniti wang fiat, semuanya adalah Yahudi yang control.
Untuk membuat tempahan sila hubungi kami.

Logam : Emas
Berat : 4.25 gram
Ketulinan Emas : 999.9% (pure gold)
Jenis Emas : 24 Karat




Anak aku minat nasyid ini..

MY Pets..

Nie antara binatang-binatang yang duk ngan aku,post nie cuma nak suh layan je k...hehehe...


Yang nie nama dia cHuCk...memang baguz..ikut arahan,n pandai gi qada hajat n istinjak sendiri...hikhikhik...



Makhluk nie plak,nama dia SIMBA,yang nie pun orang kasi hadiah kat aku tahun lepas,memang besar,macam anak rimau...tapi baguz gak..cuma satu je..skang nie duk kat tahanan guatemala..sebab pernah melakukan beberapa siri pembunuhan anak ayam.satu lagi,sensitif pada bahgian perut,pantang orang sentuh,mesti nak kena kuku ngan dia...banyak lagi kalu ikut nak cite,tapi gambar tak amik lagi nie..takpe,pasnie aku sambung lagi binatang-binatang yang aku ade bela..