Semalam aku guna pukat baru untuk tahan ikan,dan memang berbaloi la kalu pandai guna pukat nie.ade 3lapis,dan memang special.nie pukatnya...
Monday, January 31, 2011
Sunday, January 30, 2011
Statement terbaru,untuk dua hari
Dua statement yang minggu lepas yang tak sempat aku tunjuk lagi kerana kesibukan aku terhadap humaira',minggu dah agak tenang sedikit,jadi banyak la masa yang aku ada untuk menulis dalam blog aku.memang dah maklum,bisnes itu risiko,dan paling besar adalah risk yang ada dalam forex nie.hari khamis,aku kecundang sedikit dalam bisnes,nak cerita banyak-banyak sangat pun macam tak gune gak..pape pun,tengok la sendiri statement aku nie...
Hari jumaat malam,aku nampak macam cantik,tapi tak berani ambik banyak,sekadar 20 pip je..dapatla macam statement yang atas nie..hehehe...
Harga Emas dari Tahun 1833 Sehingga Tahun 2008
*Harga emas yang sentiasa kukuh untuk dijadikan sebagai suatu aset yang berguna untuk jangka masa panjang.
Sejarah Wang Kertas Dan Pengkhianatan Terbesar Dalam Ekonomi dunia
Hari ini kalau ada yang berazam untuk tidak mahu menggunakan wang kertas ,orang berkenaan ‘wajib’ berpindah ke dalam hutan. Begitu sekali sekeping wang kertas bergelar ‘not’ menguasai seluruh kehidupan manusia.
“ Apa itu wang kertas?” wacana tentang riba dan wang emas tidak mungkin lengkap kalau tidak menyentuh soal wang kertas kerana kedua-dua matawang ini dan riba ada hubung kaitnya dari segi sejarah.
Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan pada empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas.
Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikut runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas.
Namun, sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya dan pembelitan yang dahsyat. Warga Amerika Syarikat, G Edward Griffin dalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910. Mesyuarat misteri di pulau Jekyll pada tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal Reserve Department (FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi kerajaan Amerika Syarikat. Sebaliknya dianggotai oleh syarikat milik persendirian asing. Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan) ke atas sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata. Kongres Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi.
Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat., antaranya mencetak wang kertas Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Bangking (FRB) atau Fractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank. Sehingga hari ini, FRB digunakakn oleh industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia untuk mencipta wang sesuka hati dalam jumlah yang berlipat kali ganda melebihi kekayaan sebenar.
Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British mengusai Bandar Jerusalem pada 1919. Penguasaan itu menandakan berakhirnya era Perang Salib yang berlangsung selama 250 tahun antara umat Islam dan Kristian. Dunia pun berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah.
Peristiwa demi peristiwa terus mengejutkan dunia, antaranya Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi dunia besar-besaran pada 1929. Pada 1944, muncul pula perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas.
Negara-negara dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas Dolar Amerika mendapat ‘daulat’ berkenaan, International Monetory Fund (IMF) pun ditubuhkan. Pada 1948, Negara Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Negara berdaulat di tengah-tengah Negara Palestin yang sah.
Seterusnya pada 1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah deficit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah. Berduyun-duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.
Namun Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan sistem piawaian emas.
Selepas 15 ogos 1971, dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tanpa perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan oleh Special Drawing Rights IMF. Bayangkan betapa liciknya permainan ini.
Sekarang, ‘tabir’ yang melindungi wajah sebenar wang kertas semakin terungkai. Dunia mula mengetahui apa ada di sebalik wang kertas. Wang kertas tidak mempunyai nilai intrinsik seperti mana wang sebenar (contohnya emas, perak, sebakul barangan dan lain-lain).
Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semesti menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.
Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya. Kepercayaan semata-mata! Itu sahaja! Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.
Sejarah membuktikan bahawa dalam peperangan mata wang sesebuah Negara dilanda krisis akan hancur lalu wang kertas dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan dengan cara membakarnya hingga hangus. Di Malaysia, sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagi mengingati istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit Jepun’ yang menyaksikan berguni duit kertas tidak mampu untuk membeli secawan beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah sesuatu yang asing buat orang lama yang pernah melalui pengalaman buruk itu.
Selain wang kertas, wang fiat juga merujuk kepada wang dalam bentuk angka dalam akaun, hutang-hutang yang dikeluarkan oleh bank atau institusi kewangan dan kad plastic digital. Wang ini tidak disokong oleh apa-apa aset yang nyata. Nilainya mudah dimainkan oleh speculator matawang yang berniat jahat, tamak dan tidak berperikemanusian.
Krisis ekonomi Asia pada 1997 adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini sudah pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar Amerika pada 1973 dan 1980). Keadaan ini pasti akan berulang. Krisis ekonomi dunia diramal menjadi lebih teruk berbanding pada tahun 1929.
Sistem ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan cara tidak bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, memberi hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang fiat yang didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga wang fiat lagi yang boleh diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi ini adalah ekonomi palsu yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.
Sesetengah kerajaan mencetak wang sewenang-wenang tanpa bersandarkan kepada pengeluaran sebenar dalam Negara bagi kepentingan pemerintah dan pengekalan kuasa.
Apabila semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh tahun yang lalu. Ini menjadikan nilai wang kertas fiat hanya terletak pada barangan yang kita beli hari ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta import berjenama dan sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM 20 000 sebulan belum tentu menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan menjadi terlalu tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam pendapatan.
Orang sekarang berkerja siang dan malam serta melakukan bermacam-macam jenis pekerjaan, tetapi masih berada di dalam keadaan kekurangan. Harta pada hakikatnya dimiliki oleh bank atau institusi kewangan. Hampir semua orang berhutang dengan bank atau institusi keewangan dan pada bila-bila masa boleh menjadi papa kedana kerana hutang itu. Malah hutang bank juga boleh diwarisi sehingga ke anak cucu.
Kadar pengangguran dan kegagalan syarikat perniagaan pula semakin meningkat dari hari ke hari. Semua ini angkara sistem kewangan fiat yang menyebabkan ekonomi berkembang secara tidak stabil serta mewujudkan jurang besar antara golongan berada dengan golongan tidak berada.
Jelas wang kertas adalah wang yang tidak adil dan tidak jujur. Apabila Amerika Syarikat meluluskan penubuhan FRD dan Amerika Syarikat mengadakan perjanjian Bretton Woods pada 1944, seluruh ummah sebenarnya sudah ditipu ‘hidup-hidup’. Inilah penipuan terbesar dalam sejarah manusia
Saturday, January 29, 2011
Fatin Humaira' dah balik sini.
Hari khamis minggu lepas aku pergi ambik isteri dan anakku dari rumah mertuaku di besut.dan sekarang kita duk di bukit besar,rumah mak aku.Sebabnya,ramai anak murid aku,anak beranak dan jiran2 yang mai datang tengok la...anak ustaz hanafi..memang semua dah lama duk nunggu.jadi,petang khamis tu,bila sampai je,mula-mula skali humaira dah hampir nak kena tangan dengan kazim(anak sedara aku,merangkap sepupu kepada humaira').tapi nasib la sempat tarik dia.kira selamat lagi la anakku nie..heheh...skang nie dah 4hari duk kat sini,ade je orang yang datang tengok,bawak hadiah,dll..duk pikir-pikir,hadiah duit terkumpul yang humaira dapat nanti akan aku jadikan emas,sebagai pelaburan untuk dia sendir,pada masa akan datang.Kalu tak caya,tunggu bila umur dia dah 5tahun,dan dia baca post yang lepas nie,berapa abi beli emas,n lepas 5tahun,berapa dah jadi harga emas tuh..hehehe...
*nie gelang macam ok je kalu beli utk humaira' kut..
Wednesday, January 26, 2011
statement semalam
Statement semalam,cuma 3 pukat je yang aku tahan,n semuanya ada tangkapan.Walaupun tak besar,tapi memuaskan..cukup la untuk makan satu hari.kalu kat terengganu skang nie,angin kuat ngan hujan..mane ade nelayan leh turun tahan pukat time nie,tapi aku leh jugak skit tangkapan dengan pukat yang tak seberapa..
bermain dengan pair GBPJPY nie memang meberikan pengalaman yang berbeza,yela,sebab sebelum nie aku cuma main GU ngan EJ,n kadang-kadang tgk market EU cantik,,aku main gak.tapi kali nie dengan teknik trendline berganding ngan alligator nie,cukup menjadi pembantu aku untuk cuba gelombang di GJ...memang betul orang cakap,lagi kuat gelombang,lagi banyak ikan..hehehe..

5 Asas Kenaikan Harga Emas
Mengapa Pengasas Dari Syarikat Perlombongan Emas Terbesar Kedua di Dunia Mengatakan Harga Emas Akan Mencapai USD5,000 Per Ounce!
Rockwell Richard
Jika harga emas naik ke USD 5.000 kedengarannya terlalu jauh untuk anda, anda mungkin teringat semula mungkin terdengar seperti terlalu jauh untuk harga emas pergi lebih dari USD 1,000 per ounce pada tahun 2001 ...
4November 2010
Ada 5 alasan asas bahawa emas akan pergi lebih tinggi ... dan mungkin lebih tinggi!
1) Inflasi
Jika anda bukan salah seorang yang beruntung pada tahun 2001 untuk mendapatkan mesej dan melihat kembali kenaikan harga sebanyak 400% pada emas, maka bertahanlah kerana hal ini terus berjalan yang memungkinkan anda mendapat kesempatan dengan mudah menikmatinya pada kali ini. Dengan Bank Pusat di seluruh dunia telah melancarkan sebuah program stimulus bernilai USD 12 Dolar Triliun yang melebihi dua kali ganda jumlah wang beredar di Amerika Syarikat!
Tidak pernah berlaku dalam sejarah Amerika Syarikat, percetakan wang kertas beaar-besaran yang boleh memasukkan paku terakhir di peti mati dolar AS.
Ingat hubungan dengan Dollar vs Gold? Ketika dolar melemah apa yang terjadi pada emas? Emas goes UP, UP, UP!
2) Permintaan
Anda bukan seseorang sahaja yang menerima pengetahuan ini, penulisannya ada di mana-mana. Pelabur dan hedge fund sama-sama menelan lebih banyak emas dalam jumlah besar lebih dari sebelumnya. Bagi mereka di AS yang masih tertidur di switch, pelabur di India akan membeli emas dengan jumlah tidak anda inginkan.
Jangan lupa Negara China, yang tidak malu mengatakan warga itu melabur dengan membeli semua emas dan perak mengikut kemampuan mereka.
Bolehkah anda mengatakan Jutawan ? Jadi, inilah pelajaran dari Ekonomi 101. Ketika Permintaan meningkat dan penawaran menurun, apa yang terjadi pada HARGA? Kata SD Watson!
3) Ikuti "Wang Pintar"
Pernahkah anda mendengar ungkapan "Jika anda ingin menjadi kaya, ikuti apa yang orang kaya labur" Jadi, siapa orang terkaya di dunia dalam pelaburan ini? Drum roll sila ... anda mendapatkannya,
EMAS! Black Rock Inc salah satu pengurus pelaburan terbesar mengatakan bahawa tahun 2009 merupakan titik balik ... Untuk pertama kalinya dalam lebih dari 20 TAHUN Bank Pusat telah menjadi PEMBELI bersih sebagai lawan Penjual Emas Bersih.
4) Krisis Mata Wang Masa Depan
Sejarah (Isi )_______ . Kita telah melihat apa yang terjadi dengan Portugal, Sepanyol, Itali, Ireland, Iceland, dan Yunani. Kami juga telah melihat England dan ekonomi yang lain yang tak terhitung jumlahnya berjuang untuk memulihkannya.
Ini adalah SELALU apa yang terjadi dengan mata wang yang hanya disokong oleh keyakinan penerbit Bank Negara. PERNAH melihat dalam sejarah dunia, mata wang fiat (buatan manusia) yang mampu bertahan lama ... PERNAH!
Jika anda masih di luar sana berfikir bahawa Dolar AS boleh membuat "comeback" dengan semua yang telah terjadi, maka anda akan menjadi seperti petani yang tidak akan masuk ke ruangan akar bawah tanah, berfikir bahawa tornado menuju rumahnya pasti akan mengelilinginya!
Sekali lagi saya katakan TIDAK PERNAH dalam sejarah tiada satupun mata wang fiat selamat, dan dolar AS tidak mendapat pengecualian. Jika anda tidak memiliki emas, apa yang harus anda akan jelaskan ... kertas dan tinta.
5) Mudah Sebagai 1,2,3
Pindah ke $ 5,000 atau lebih pada ons ini pasti berlaku dalam 3 tahap yang berbeza, dengan setiap tahap cepat mempercepatkan untuk memdahului.
Tahap 1 mata wang akan terus menurunkan nilai sehingga hampir tidak ada nilai. Infonya - Dolar AS telah kehilangan 97% dari kuasa beli sejak awal!
Tahap 2- tahap permintaan pelaburan emas adalah terkuat di dunia dewasa ini.
Tahap 3, harga emas tidak akan bergerak secara berperingkat, tetapi lebih kepada tujahan ke atas (TAKE OFF) seperti setiap batang potongan kayu diikat pada roket! Perbandingannya harga emas hari ini nampaknya berubah seperti orang bodoh berubah

Tuesday, January 25, 2011
Statement terbaru,untuk dua hari
Nie statement aku yang terbaru,setakat nie cemerlang.semua berjalan lancar seperti yang dirancang.Menggunakan trendline sebagai batas,dan alligator sebagai peranti merupakan gabungan yang mantap,yang mampu menghasilkan beratus pip dalam satu masa..aku akan mencuba lagi sehingga bulan enam ni,untuk aku memberi jaminan dan memperbaiki kekurangan gabungan dua skill ini.
Kisah Semalam
Kalau dilihat dari graf nie,dah cukup untuk orang agak,apa yang aku nak cakap..heheh..nie cite semalam punya(orang ganu sebut crite mareing..).bila price dah melintas batas yang aku buat tuh,maknanya,dia nak suh aku trade untuk dapatkan duit,tapi almaklum la..duit aku nie bukan ade banyak sangat pun,aku trade dengan kadar yang ade,dengan membuka dua post,dan meletakkan take profit 100 dan 30,semua tuh mengena dengan jaya..hehehe...rezeki anak aku la tuh....fatin humaira'.
Monday, January 24, 2011
Produk GOLDCREST PAVILION(GCP)
Gold bar pamp s.a 500gram
Gold bar pamp 100gram pink certificate
gold bar pamp s.a 1kg
pamp lady fortuna 5g,10g,20g,50g,100g
Graf Emas untuk hari ini.
Kalu dilihat dari graf emas ini,kemungkinan emas akan turun dulu sebelum melonjak pada awal tahun ini.Sekarang ni adalah masa yang sesuai untuk membeli dan mengumpul emas sebelum harga emas akan naik melambung lagi selepas ini.Paling segera,emas akan naik pada perayaan cina nanti..anda sudah bersedia???
Sekadar Renungan
Dalam sebuah hadis Nabi S.A.W pernah bersabda,"seseorang itu akan dibangkit di hari akhirat nanti bersama dengan orang yang dicintai". walaupun hadis ini pendek,tapi cukup memberi seribu satu pengertian kepada kita.Dan sebagai satu pilihan untuk kita,untuk bersama siapakah yang menjadi pilihan kita nanti apabila di akhirat.Andainya cinta ini diletak kepada golongan yang dimuliakan oleh ALLAH pada hari itu,mudah-mudahan,kita juga mendapat kemuliaan itu,namun,seandainya kita meletakkan kecintaan kita kepada golongan yang dihina ALLAH pada hari itu....???? renung-renungkanlah...
Produk GOLDCREST PAVILION(GCP)
Dinar GCP 4.25g,diameter 23mm,ketulinan 999.9
Great Britain 1911 gold sovereign 8 gram, 22 karat.
Rantai tangan pasir padu 10g,20g,30g,50g, dan 100g(bahagian depan)
Bahagian belakang
Berat 10gram
Berat 20gram
Berat 30gram
Berat 50gram
Berat 100gram
Jom daftar sebagai DEALER GCP dan beli emas dengan harga MURAH.
Mungkin tak ramai yang mengetahui tentang syarikat ini,dan produk yang dijual,dan aku sebagai dealer yang dilantik,ingin berkongsi kepada semua mereka yang masih lagi belum mengenali dan mengetahui tentang kewujudan sebuah syarikat yang menjual dan membeli emas.GCP atau dikenali dengan GOLDCREST PAVILION adalah sebuah syarikat berdaftar milik bumiputera yang melakukan operasi membeli dan menjual emas.itu je la secara ringkasnya.Dan yang pastinya,dunia pada hari ini menyaksikan matawang yang direka untuk menggantikan kedudukan emas akan musnah dan hancur dalam jangka masa yang terdekat.Jadi tunggu apa lagi,jom kita pakat ramai-ramai menjadi dealer dan menyimpan emas demi masa depan kita.Percayalah,emas yang kita simpan,tidak pernah akan mengalami kerugian,tapi,duit dan wang yang kita simpan,akan mengalami kehancuran dan penurunan nilai yang dahsyat.
untuk mendaftar sebagai dealer,sila ke laman ini : http://gcp.com.my/id_check.php
masukkan id ini sebagai introducer anda : ad1395
nama : muhammad hanafi bin abu bakar
atau,untuk membeli dinar,rantai tangan,pamp,dan barang hiasan dari saya,sila hubungi saya : 012 - 9845053
atau menghantar email : mdhanafi148@gmail.com.
Saturday, January 22, 2011
Emas VS Wang Kertas
Emas memiliki ciri-ciri wang yang unggul.
1.Medium pertukaran yang diterima dunia
2.Mempunyai nilai intrinsik yang tersendiri
3.Wang tanpa sempadan
4.Tidak boleh dibinasakan
5.Mudah dibahagikan
6.Sukar diperolehi/ditiru
7.Price to weight ratio yang tinggi
8.Penyimpan nilai yang baik dalam jangka panjang
Kelemahan wang kertas
1. Bernilai kerana disokong kerajaan- jika tiada kerajaan maka tiada nilai (contoh Iraq)
2. Ada had sempadan
3. Tidak boleh menjadi penyimpan nilai yang baik kerana nilainya merosot dalam jangka masa panjang
4. Mudah rosak
5. Jika kemerosotan nilai terlalu tinggi, maka manusia akan menolak terus wang kertas berkenaan ( bukti sejarah: Wang pisang Jepun dan Wang kertas Dollar Zimbabwe)
Nilai wang kertas boleh dicetak sesuka hati menyebabkan ia kehilangan nilai.
Contohnya – di Zimbabwe duit tak dikira tapi ditimbang!
Membuat pelaburan emas di Malaysia
Terdapat 2 bentuk pelaburan emas yang terdapat di Malaysia iaitu:
1.Emas fizikal
2.Akaun simpanan emas.
Terdapat 2 bentuk pelaburan emas yang terdapat di Malaysia iaitu:
1.Emas fizikal
2.Akaun simpanan emas.
Keuntungan menyimpan emas
1.Membeli pada harga rendah dan menjual pada harga tinggi (harga emas naik 25%-26% setahun dalam jangka panjang)
2.Menyimpan selama mungkin dan memajak apabila memerlukan wang
Keuntungan berniaga emas
1.Stok yang naik harga dalam jangka masa panjang. Tidak seperti perniagaan lain.
2.Sentiasa ada permintaan walaupun harga naik atau rendah
3.Tidak perlu bercerita panjang lebar. Orang tahu tentang emas.
4.Dengan strategi perniagaan yang betul, perniagaan emas sangat lumayan.2.Sentiasa ada permintaan walaupun harga naik atau rendah
3.Tidak perlu bercerita panjang lebar. Orang tahu tentang emas.
3.Boleh menambahkan keuntungan jika boleh berniaga emas
statement untuk 3hari.
3 statement diatas nie dah cukup nak bagitahu padaku tentang banyaknya kelemahan dan kekurangan ilmuku dalam dunia forex ini,tapi itu bukan bererti aku perlu berhenti dari menjalanakan aktiviti ini..sebab perjalanan ini baru bermula padaku.
Statement forex,muqaddimah tahun 2011
sekadar permulaan,dengan bermodalkan 50usd lebih skit-skit,aku akan cuba jadikan ia 100usd,dengan menggunakan kaedah trendline yang aku faham.kaedah nie memang agak menarik,mudah dan menguntungkan jika nak dibandingkan dengan kaedah yang lain.sambil buat line kat chart gbpjpy,leh jugak aku tarik line untuk pasaran emas,jadi aku tahu dari semasa ke semasa pasaran emas dunia untuk daily.
Emas dan Perak...Kenapa Anda Harus Memilikinya..???
Bila bercakap pasal emas, pasti kita tidak akan terlepas untuk mendengar ungkapan:
"harga emas & perak sentiasa naik".
"emas & perak tahun ni, lagi murah dari tahun depan".
"baik beli sekarang, esok mahal, confirm tak boleh beli dah".
"kenaikan emas & perak, setahun 20 - 30% melebihi mana-mana instrumen yang lain".
Apakah ungkapan ini FAKTA atau AUTA. Saya sendiri seorang peniaga emas. Saya juga sering mengungkapkan ungkapan-ungkapan di atas tetapi disokong dengan bukti-bukti dan fakta-fakta yang boleh kita dapati kalau kita rajin untuk membaca dan mencari.
Ya, memang benar harga emas dan perak akan naik secara relatifnya. Namun, pada hakikatnya, emas dan perak tidak mengalami sebarang kenaikan atau penurunan. . Kenaikan harga yang kita saksikan ialah pada ukuran dan sandaran nilai emas dan perak itu semata-mata. Harga emas dan perak diukur dengan nilai mata wang. Harga emas dan perak kelihatan naik kerana nilai mata wang menyusut dan begitu juga sebaliknya. Tetapi jika dibuat sandaran dengan barangan, kita dapati tidak ada kenaikan harga yang berlaku. Kerana itu kita sering mendengar misalan perbandingan 1 dinar dengan seekor kambing dan 1 dirham dengan seekor ayam.
Benarkah harga emas dan perak tahun ini lebih murah? Apabila berbicara tentang komoditi, tidak kira sama ada emas, perak atau selainnya, pasti kita akan dapat melihat kenaikan dan penurunan harga berlaku selari dengan permintaan dan penawaran. Emas dan perak ialah komoditi dari sumber alam yang tidak boleh diperbahurui. Apabila permintaan melebihi penawaran, maka kenaikan harga berlaku dan begitulah sebaliknya. Selain itu, faktor luaran seperti keadaan politik dan ekonomi juga menyumbang pada ketidakstabilan harga. Memang benar sejarah membuktikan harga emas dan perak sentiasa naik saban tahun tetapi dalam kenaikan tersebut, masih terdapat beberapa penurunan akibat beberapa faktor luaran.
Murah atau mahal nilai sesuatu barang adalah subjektif. Bagi yang berpendapatan rendah, nilai RM1000 sudah dikira amat mahal, tetapi bagi yang berpendapatan tinggi nilai RM1000 sama seperti RM100 di sisinya. Oleh sebab subjektifnya maksud murah dan mahal bagi setiap individu, maka milikilah emas kerana anda perlu menyimpannya sebagi penyimpan dan pelindung nilai dan bukan kerana harganya murah atau mahal.
Kenaikan harga emas dan perak hanya mampu dibuktikan berdasarkan sejarah. Tidak ada seorang manusia pun mampu meramal kepastian pada masa depan. Pandangan dan pendapat yang dilontarkan hanya berasaskan maklumat sejarah dan faktor-faktor yang menyokong teori mereka sahaja. Ramalan ini bukan dibuat seperti angan-angan kosong tetapi berdasarkan kajian ilmiah. Sesuatu itu hanya dapat disahkan tepat atau tidak apabila tiba masanya. Buat masa ini, jangkaan kenaikan harga emas sehingga USD5000/oz pada tahun 2012.
Oleh yang demikian, buatlah keputusan untuk memiliki emas dan perak kerana anda faham dan tahu mengapa anda perlu memiliki emas dan perak.

Friday, January 21, 2011
PENGUMUMAN..JUALAN MURAH PEMBUKAAN TAHUN BARU..
Stok benih IKAN TALAPIA untuk dijual dengan harga yang dijamin MURAH.Anda pasti berpuas hati dengan harga yang kami tawarkan kepada anda.
Untuk pembelian 3000 EKOR DAN KE ATAS,PENGHANTARAN ADALAH PERCUMA.
untuk maklumat,sila hubungi saya : hanafi, no hp : 0148051188, atau emailkan kepada kami di : mdhanafi148@gmail.com.
Intan permataku..
Tanggal 09/01/2011 bersamaan 04 Safar 1432 Hijrah,lahirlah puteri pertama saya yang cantik molek..hehehe..baru je hari selasa minggu lepas aku pergi mendaftar nama...FATIN HUMAIRA'..Seindah nama,itulah cantiknya empunya nama tuh..aku juga bersyukur bila isteriku selamat semasa bersalin,dan kedua-duanya sihat.dan syukur juga aku pada tuhan anakku ini takde kuning dan sihat..semoga kedua-dua ini sihat,segar dan sentiasa dibawah rahmat tuhan yang mentadbir alam..AMIN...(pic kemudian baru masuk..)
post pertama...kerjaya...
Banyak yang aku cuba untuk jadi..tapi tak menjadi-jadi..dulu pernah aku try buat bisnes topup,tapi last-last..duit takde..topup pun habis.tak serik dengan tuh,aku buat bisnes yang kedua..advertising,jadi ejen dengan satu syarikat.habis dalam rm500 untuk beli starter kit dia,dalam masa yang sama aku mengajar dan memberi kuliah di tempat-tempat yang menjemput aku.aku mempunyai beberapa tempat yang tetap seperti di sebuah tempat persatuan muallaf,di surau dan dirumah2 persendirian.bisnes kedua aku nie bergerak la skit,tapi masalah jugak sebab bila customer nak dapatkan harga,aku kena refer pada syarikat cetakan yang aku buat tuh(sebab aku nie ejen je..)jadi makan masa..buat customer rasa cemuh..kebetulan plak masa tuh aku tengok diterengganu nie makin menjadi-jadi bidang advertise nie..ade yang sampai syarikat yang beli mesin cetak banner,cetak banting dll..jadi lagi la jadi saingan yang besar untuk aku.pastu aku stop dari buat bisnes tuh.tapi,dari awal masa aku balik dari yaman arituh..(dalam tahun 2008,akhir tahun kalu tak silap aku),aku dah dikenalkan dengan satu lagi bisnes yang sampai ke hari ini aku jalankan(sebab takde kaitan dengan orang..hehehe)...iaitu..FOREX...FOREIGN EXCHANGE.
Bukan mudah nak mudah...n bukan susah nak susah..tu je yang boleh aku simpulkan bila menjalankan bisnez forex nie..sebab risk dia terlalu tinggi..nak untung besar susah,nak muflis mudah..huhuhu...tapi kalu profit..memang tersenyum panjang la..

Wednesday, January 19, 2011
Blog baru..semangat baru..
Dah berapa puluh blog yang pernah aku tulis sebelum nie,semuanya kecundang di tengah jalan..tapi ku harap mungkin untuk kali ini aku dapat mengekali blog ini buat selama-lamanya...hingga ke noktah terakhir..nak cite banyak pun,nie baru 1st blog..tak berapa sedap nak tulis panjang2..juz nak ku sampaikan,tentang perjalanan hidup aku nie..bermula dari awal tahun 2011..yang pasti,tahun nie memang memberi kepadaku satu cabaran yang baru...dan 2010 pula meninggalkan aku dengan pengalaman yang berguna..hope semua kita akan berjaya..didunia n akhirat...ameen.
Subscribe to:
Posts (Atom)