Tuesday, February 22, 2011

Stok terbaru dengan kami...DINAR GCP UNTUK DIJUAL.


Stok Sedia untuk DIJUAL...
1 DINAR GCP 999.9 = 10 KEPING
GOLD BAR GCP 20 GRAM  = 1 KEPING
RANTAI TANGAN GAJAH 30GRAM = 1 UTAS
RANTAI TANGAN PASIR PADU 10GRAM = 1 UTAS
RANTAI TANGAN PASIR PADU 100GRAM = 1 UTAS

Untuk pembelian,lihat HARGA SEMASA GCP pada ruangan sebelah.
untuk mendapatkan barang-barang tersebut,sila hubungi; muhammad hanafi di talian: 012-984 5053

Friday, February 18, 2011

Sedia untuk menerima tempahan

STOK SEDIA ADA... 
1 PCS GOLD BAR GCP 20GRAM
4 PCS DINAR GCP 999.9
1 RANTAI TANGAN PASIR PADU 10GRAM


Thursday, February 17, 2011

Suntikan modal kedua dari separuh yang pertama bagi tahun 2011


Kali nie aku tunjuk direct dari acc aku,bukan seperti yang sebelum nie,aku cuma tunjuk statement..kali nie nak bagi ingat kat diri aku,modal untuk tahun 2011 dah ade,tinggal lagi kesungguhan aku nak main,untuk nak bagi gandakan duit tuh dari jumlah itu kepada jumlah yang lagi besar dari itu(mudah-mudahan..amin..). memang bukan satu perkara mudah untuk mencapai,tapi ia bukan mustahil untuk digapai.dengan ilmu yang dipelajari dan sedikit pengalaman...aku mencuba dan ikhtiar untuk mencari rezeki dari lubuk ini..mudah-mudahan berhasil..amin..perkenankanlah wahai tuhan semesta alam ini.

Wednesday, February 16, 2011

Forex...dah lama aku tak bukak...

dah hampir seminggu lepas dari suntikan modal pertama,aku tak bukak-bukak forex..bukan ape,semua nie sebab masalah internet.Kalu aku dah balik rumah tuh,bleh la aku run pc 24 jam..tapi skang nie aku cuma ngadap laptop,tambah lagi dengan brukband yang mempunyai kekuatan kelajuan yang agak tak menarik,jadi aku biarkan dulu modal aku tuh..nanti kalu dah sedia semua skali,baru aku akan run pc 24 jam..5hari seminggu,nak tgk camane modal tu beranak pinak..hehehe..tapi,walau pun begitu,risk tetap ade..juz aku cuma mampu mengurangkan jerk...tengok la camane..target tahun nie,aku boleh kumpulkan emas sehingga 5kg...heheheh..ok,result nie kita akan tengok bulan 12 nanti..mampu ke aku membeli emas lepas ini dengan menggunakan keuntungan dari forex..

Penyakit dulu datang lagi..!!!

Bukan demam..bukan batuk..bukan selsema..penyakit yang aku maksudkan nie,tak datang mood nak menulis blog nie dah datang balik,sampai hari kebesaran dalam islam pun aku tak wish kat sini..ok la...walaupun aku tak wish btul2 dengan tarikh 12 rabi'ul awal,tapi skang nie pun masih lagi dalam bulan maulud,jadi tak salah untuk aku ucapkan kepada semua pengunjung blog ini dengan selamat menyambut maulidur rasul..dan BAGINDA sentiasa hidup pada hati-hati kita semua.Dan ambillah bulan ini sebagai bulan untuk bertambah himmah,semangat untuk nak banyakkan selawat kepada baginda.Adalah satu jaminan,orang yang banyak berselawat kepada BAGINDA tidak akan rugi walau sedikit sekali pun,bahkan sentiasa dalam keuntungan.Dan betapa aku meyakini keadaan ini kerana,tidak ada pun orang yang mengamalkan selawat ini melainkan ALLAH menjanjikan rahmat kepada orang itu seperti didalam hadis baginda S.A.W,yang mana beliau merupakan seorang yang tidak pernah menipu dalam bercakap.jadi,kenag-kenangkan kesusahan baginda,dan hayati keprihatinan baginda kepada umat beliau,semoga dengan kisah-kisah yang seumpama itu mampu memberi kepada kita suatau rasa...suatu perasaan..cinta...sayang...bangga..dan kagum dengan beliau..kerana beliau adalah terlalu istimewa bagi setiap diri kita....

Sunday, February 13, 2011

Suntikan Modal pertama untuk tahun 2011

hujung minggu lepas,aku mula masukkan modal dalam acc forex aku sebanyak 4k..akan ada suntikan modal sesi kedua dalam suntukan pertama nie..sebab semua skali berjumlah 8k,tapi sebab kekurangan fund dari pihak admin,jadi aku tak dapat depo secukupnya..cuma separuh saja dulu..lepas nie baru aku tambah lagi 4k...hehehe..

Wednesday, February 2, 2011

Anda Bila Lagi???

Pelaburan emas ini adalah “Menyimpan Emas”, dengan melabur didalam emas, ia tidak bermakna emas tersebut diniagakan dimana-mana pasaran, cuma harga emas didunia yang naik dan turun secara moderate akan mengubah nilai simpanan saudara. Ada banyak faktor naik turun emas di pasaran semasa dunia,  lima antaranya;

1. Harga pasaran dolar (USD) dan Pasaran Makroekonomik Dunia
Kenaikan tekanan inflasi semasa, defisit dagangan menggunakan dollar dan pengelakan penggunaan matawang dollar dalam dagangan global akan menaikkan nilai emas.
2. China, India dan Pasaran Asia.
Dua negara yang mempunyai populasi terbesar didunia seperti China dan India turut mengubah landskap harga emas pasaran dunia. Memiliki emas di China baru sahaja dibenarkan pada tahun 2004, kemampuan rakyat China untuk memiliki emas semakin naik, permintaan emas menjadi lebih tinggi dan India, pembeli emas terbesar didunia pada masa kini, turut mengalami kenaikan permintaan untuk pelaburan emas disebabkan dagangan emas yang semakin ketat di Pasaran Dunia. Perkara yang berlaku di negara-negara ini contohnya Sukan Olimpik, Asia dan sebagainya turut mengubah harga pasaran emas semasa.
3. Permintaan Bank Pusat Negara.
Kelembapan jualan produk ekonomi dan jumlah hutang yang ditanggung menyebabkan banyak Bank Pusat setiap negara cuba membeli emas sebagai simpanan.
4. Kekurangan Pengeluaran Emas di Lombong
Hampir semua pengeluar emas utama didunia tidak mencapai target mereka dan kos pengeluaran serta pemprosesan yang semakin tinggi menyebabkan harga emas dunia semakin naik. Afrika Selatan sebagai negara pengeluar emas terbesar didunia turut mengalami penurunan dalam pengeluaran emas mereka.
5. Permintaan Pelaburan.
Ramai mula menyedari keperluan untuk melabur dan menyimpan emas didalam ekonomi sekarang menyebabkan permintaan untuk emas semakin tinggi dari sehari ke sehari.
Semua diatas antara 5 faktor utama yang mempengaruhi harga emas di pasaran dunia, untuk anda di Malaysia, apakah bentuk pelaburan yang terbaik? Pelaburan emas adalah simpanan, dengan anda membeli emas, bermaksud anda membeli untuk menyimpan bagi satu tempoh masa dan jual apabila harga emas naik. Untuk anda yang baru ingin bermula didalam pelaburan emas, anda mungkin tertanya bila waktu sesuai untuk membeli?

Teknik Keuntungan Berganda Dengan EMAS.

Terdapat 2 teknik manipulasi pajak gadai Ar-Rahnu.
Teknik 1: Pajak emas fizikal dan masukkan kedalam akaun GIA/GSPA.
Teknik 2: Pajak emas dan beli lagi emas fizikal.
TEKNIK 1: PAJAK EMAS FIZIKAL DAN MASUK GIA/GSPA
1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu. Hasil duit pajakan semuanya digunakan untuk membeli emas GIA Public Bank atau Maybank GSPA.
2. Bila harga emas naik, anda jual emas GIA dan tebus balik emas di Ar-Rahnu
p/s: Kelemahan teknik ini ialah anda cuma boleh pajakkan emas anda sekali sahaja. Bila hasil pajakan tersebut anda masukkan kedalam GIA/GSPA maka anda tidak boleh memajak lagi. Anda cuma boleh tunggu harga emas naik. Jika anda hendak untung lebih anda kena buat teknik 2 (diterangkan di bawah)
TEKNIK 2 : PAJAK EMAS DAN BELI LAGI EMAS FIZIKAL.
Teknik ini lagi best....
1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu. Beli lagi emas fizikal dengan hasil pajakan tersebut tersebut, contohnya Kijang Emas, UOB atau jongkong emas Public Gold (emas yang spreadnya kecil)
2. Pajak semula emas fizikal tersebut di Ar-Rahnu. Gunakan hasil pajakan kali kedua tersebut untuk membeli lagi emas fizikal. Anda boleh ulang-ulang proses ini sehingga 2-3 kali (kalau modal besar seperti RM100,000, maka anda boleh ulangi proses pajak ini banyak kali)
3. Di hujung proses ini, pastikan anda ada emas fizikal ditangan. Apabila harga emas naik, anda jual emas fizikal di tangan anda. Kemudian hasil jualan itu anda tebus emas di dalam Ar-Rahnu. Ulangi proses ini sehingga kesemua emas anda habis ditebus.
4. Di akhir proses, anda akan mendapat semula emas anda yang pertama. Anda akan mendapat untung kerana jualan emas hasil gadaian pada harga tinggi boleh menampung upah simpan di Ar-Rahnu bagi emas-emas yang digadaikan.

Dinar Emas..Sedia Untuk Dijual

Dinar adalah matawang islam yang diguna pakai pada zaman khalifah,tetapi selepas tamadun islam kalah dalam peperangan maka muncul  wang fiat yang dikeluarkan mengikut sukatan emas.Emas juga satu-satunya matawang yang tidak boleh di manipulasikan sebab ianya barang yang paling berharga dan tidak boleh diperbuat oleh kejanggihan teknologi,berbeza pula dengan wang fiat yang sewenang-wenangnya di cetak tidak mengikut ukuran sukatan emas.
Dinar pada zaman khalifah adalah tidak ada Spread  sebab ianya matawang sebagai barang penukaran dengan barang yang dijual seperti membeli Unta,mungkin pada zaman itu harga 1 ekor Unta adalah 1 Dinar.Disitu la berlakunya pertukarang matawang dinar dengan barang jualan.
Sekarang ramai yang menjual Dinar mengikut Spread harga jual  dan harga beli,mungkin ini menjadi satu soalan bagi anda kenapa Dinar ada diletakkan Spread diantara harga jual dan harga beli. Jawabannya adalah sekarang orang membeli Dinar hanya untuk koleksi dan simpanan,tidak boleh kita jadikan dinar sebagai matawang dalam komuniti wang fiat, semuanya adalah Yahudi yang control.
Untuk membuat tempahan sila hubungi kami.

Logam : Emas
Berat : 4.25 gram
Ketulinan Emas : 999.9% (pure gold)
Jenis Emas : 24 Karat




Anak aku minat nasyid ini..

MY Pets..

Nie antara binatang-binatang yang duk ngan aku,post nie cuma nak suh layan je k...hehehe...


Yang nie nama dia cHuCk...memang baguz..ikut arahan,n pandai gi qada hajat n istinjak sendiri...hikhikhik...



Makhluk nie plak,nama dia SIMBA,yang nie pun orang kasi hadiah kat aku tahun lepas,memang besar,macam anak rimau...tapi baguz gak..cuma satu je..skang nie duk kat tahanan guatemala..sebab pernah melakukan beberapa siri pembunuhan anak ayam.satu lagi,sensitif pada bahgian perut,pantang orang sentuh,mesti nak kena kuku ngan dia...banyak lagi kalu ikut nak cite,tapi gambar tak amik lagi nie..takpe,pasnie aku sambung lagi binatang-binatang yang aku ade bela..


Monday, January 31, 2011

Bila pukat baru dipasang..


Semalam aku guna pukat baru untuk tahan ikan,dan memang berbaloi la kalu pandai guna pukat nie.ade 3lapis,dan memang special.nie pukatnya...


Sunday, January 30, 2011

Statement terbaru,untuk dua hari

Dua statement yang minggu lepas yang tak sempat aku tunjuk lagi kerana kesibukan aku terhadap humaira',minggu dah agak tenang sedikit,jadi banyak la masa yang aku ada untuk menulis dalam blog aku.memang dah maklum,bisnes itu risiko,dan paling besar adalah risk yang ada dalam forex nie.hari khamis,aku kecundang sedikit dalam bisnes,nak cerita banyak-banyak sangat pun macam tak gune gak..pape pun,tengok la sendiri statement aku nie...

Hari jumaat malam,aku nampak macam cantik,tapi tak berani ambik banyak,sekadar 20 pip je..dapatla macam statement yang atas nie..hehehe...

Harga Emas dari Tahun 1833 Sehingga Tahun 2008


*Harga emas yang sentiasa kukuh untuk dijadikan sebagai suatu aset yang berguna untuk jangka masa panjang.

Sejarah Wang Kertas Dan Pengkhianatan Terbesar Dalam Ekonomi dunia

 Hari ini kalau ada yang berazam untuk tidak mahu menggunakan wang kertas ,orang berkenaan ‘wajib’ berpindah ke dalam hutan. Begitu sekali sekeping wang kertas bergelar ‘not’ menguasai seluruh kehidupan manusia.
“ Apa itu wang kertas?” wacana tentang riba dan wang emas tidak mungkin lengkap kalau tidak menyentuh soal wang kertas kerana kedua-dua matawang ini dan riba ada hubung kaitnya dari segi sejarah.
Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan pada empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kerajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas.
Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikut runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas.

Namun, sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya dan pembelitan yang dahsyat. Warga Amerika Syarikat, G Edward Griffin dalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910. Mesyuarat misteri di pulau Jekyll pada tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal Reserve Department (FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi kerajaan Amerika Syarikat. Sebaliknya dianggotai oleh syarikat milik persendirian asing. Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan) ke atas sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata. Kongres Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi.
Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat., antaranya mencetak wang kertas Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Bangking (FRB) atau Fractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank. Sehingga hari ini, FRB digunakakn oleh industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia untuk mencipta wang sesuka hati dalam jumlah yang berlipat kali ganda melebihi kekayaan sebenar.
Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British mengusai Bandar Jerusalem pada 1919. Penguasaan itu menandakan berakhirnya era Perang Salib yang berlangsung selama 250 tahun antara umat Islam dan Kristian. Dunia pun berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah.
Peristiwa demi peristiwa terus mengejutkan dunia, antaranya Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi dunia besar-besaran pada 1929. Pada 1944, muncul pula perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas.
Negara-negara dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas Dolar Amerika mendapat ‘daulat’ berkenaan, International Monetory Fund (IMF) pun ditubuhkan. Pada 1948, Negara Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Negara berdaulat di tengah-tengah Negara Palestin yang sah.
Seterusnya pada 1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah deficit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah. Berduyun-duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.
Namun Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan sistem piawaian emas.
Selepas 15 ogos 1971, dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tanpa perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan oleh Special Drawing Rights IMF. Bayangkan betapa liciknya permainan ini.
Sekarang, ‘tabir’ yang melindungi wajah sebenar wang kertas semakin terungkai. Dunia mula mengetahui apa ada di sebalik wang kertas. Wang kertas tidak mempunyai nilai intrinsik seperti mana wang sebenar (contohnya emas, perak, sebakul barangan dan lain-lain).
Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semesti menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.
Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya. Kepercayaan semata-mata! Itu sahaja! Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.
Sejarah membuktikan bahawa dalam peperangan mata wang sesebuah Negara dilanda krisis akan hancur lalu wang kertas dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan dengan cara membakarnya hingga hangus. Di Malaysia, sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagi mengingati istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit Jepun’ yang menyaksikan berguni duit kertas tidak mampu untuk membeli secawan beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah sesuatu yang asing buat orang lama yang pernah melalui pengalaman buruk itu.
Selain wang kertas, wang fiat juga merujuk kepada wang dalam bentuk angka dalam akaun, hutang-hutang yang dikeluarkan oleh bank atau institusi kewangan dan kad plastic digital. Wang ini tidak disokong oleh apa-apa aset yang nyata. Nilainya mudah dimainkan oleh speculator matawang yang berniat jahat, tamak dan tidak berperikemanusian.
Krisis ekonomi Asia pada 1997 adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini sudah pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar Amerika pada 1973 dan 1980). Keadaan ini pasti akan berulang. Krisis ekonomi dunia diramal menjadi lebih teruk berbanding pada tahun 1929.
Sistem ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan cara tidak bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, memberi hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang fiat yang didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga wang fiat lagi yang boleh diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi ini adalah ekonomi palsu yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.
Sesetengah kerajaan mencetak wang sewenang-wenang tanpa bersandarkan kepada pengeluaran sebenar dalam Negara bagi kepentingan pemerintah dan pengekalan kuasa.
Apabila semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh tahun yang lalu. Ini menjadikan nilai wang kertas fiat hanya terletak pada barangan yang kita beli hari ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta import berjenama dan sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM 20 000 sebulan belum tentu menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan menjadi terlalu tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam pendapatan.
Orang sekarang berkerja siang dan malam serta melakukan bermacam-macam jenis pekerjaan, tetapi masih berada di dalam keadaan kekurangan. Harta pada hakikatnya dimiliki oleh bank atau institusi kewangan. Hampir semua orang berhutang dengan bank atau institusi keewangan dan pada bila-bila masa boleh menjadi papa kedana kerana hutang itu. Malah hutang bank juga boleh diwarisi sehingga ke anak cucu.
Kadar pengangguran dan kegagalan syarikat perniagaan pula semakin meningkat dari hari ke hari. Semua ini angkara sistem kewangan fiat yang menyebabkan ekonomi berkembang secara tidak stabil serta mewujudkan jurang besar antara golongan berada dengan golongan tidak berada.
Jelas wang kertas adalah wang yang tidak adil dan tidak jujur. Apabila Amerika Syarikat meluluskan penubuhan FRD dan Amerika Syarikat mengadakan perjanjian Bretton Woods pada 1944, seluruh ummah sebenarnya sudah ditipu ‘hidup-hidup’. Inilah penipuan terbesar dalam sejarah manusia

Saturday, January 29, 2011

Fatin Humaira' dah balik sini.

Hari khamis minggu lepas aku pergi ambik isteri dan anakku dari rumah mertuaku di besut.dan sekarang kita duk di bukit besar,rumah mak aku.Sebabnya,ramai anak murid aku,anak beranak dan jiran2 yang mai datang tengok la...anak ustaz hanafi..memang semua dah lama duk nunggu.jadi,petang khamis tu,bila sampai je,mula-mula skali humaira dah hampir nak kena tangan dengan kazim(anak sedara aku,merangkap sepupu kepada humaira').tapi nasib la sempat tarik dia.kira selamat lagi la anakku nie..heheh...skang nie dah 4hari duk kat sini,ade je orang yang datang tengok,bawak hadiah,dll..duk pikir-pikir,hadiah duit terkumpul yang humaira dapat nanti akan aku jadikan emas,sebagai pelaburan untuk dia sendir,pada masa akan datang.Kalu tak caya,tunggu bila umur dia dah 5tahun,dan dia baca post yang lepas nie,berapa abi beli emas,n lepas 5tahun,berapa dah jadi harga emas tuh..hehehe...

*nie gelang macam ok je kalu beli utk humaira' kut..

Wednesday, January 26, 2011

statement semalam

Statement semalam,cuma 3 pukat je yang aku tahan,n semuanya ada tangkapan.Walaupun tak besar,tapi memuaskan..cukup la untuk makan satu hari.kalu kat terengganu skang nie,angin kuat ngan hujan..mane ade nelayan leh turun tahan pukat time nie,tapi aku leh jugak skit tangkapan dengan pukat yang tak seberapa..

bermain dengan pair GBPJPY nie memang meberikan pengalaman yang berbeza,yela,sebab sebelum nie aku cuma main GU ngan EJ,n kadang-kadang tgk market EU cantik,,aku main gak.tapi kali nie dengan teknik trendline berganding ngan alligator nie,cukup menjadi pembantu aku untuk cuba gelombang di GJ...memang betul orang cakap,lagi kuat gelombang,lagi banyak ikan..hehehe..

5 Asas Kenaikan Harga Emas

 Mengapa Pengasas Dari Syarikat Perlombongan Emas Terbesar Kedua di Dunia Mengatakan Harga Emas Akan Mencapai USD5,000 Per Ounce!

Rockwell Richard

Jika harga emas naik ke USD 5.000 kedengarannya terlalu jauh untuk anda, anda mungkin teringat semula mungkin terdengar seperti terlalu jauh untuk harga emas pergi lebih dari USD 1,000 per ounce pada tahun 2001 ...

4November 2010

Ada 5 alasan asas bahawa emas akan pergi lebih tinggi ... dan mungkin lebih tinggi!

1) Inflasi

Jika anda bukan salah seorang yang beruntung pada tahun 2001 untuk mendapatkan mesej dan melihat kembali kenaikan harga sebanyak 400% pada emas, maka bertahanlah kerana hal ini terus berjalan yang memungkinkan anda mendapat kesempatan dengan mudah menikmatinya pada kali ini. Dengan Bank Pusat di seluruh dunia telah melancarkan sebuah program stimulus bernilai USD 12 Dolar Triliun yang melebihi dua kali ganda jumlah wang beredar di Amerika Syarikat!

Tidak pernah berlaku dalam sejarah Amerika Syarikat, percetakan wang kertas beaar-besaran yang boleh memasukkan paku terakhir di peti mati dolar AS.

Ingat hubungan dengan Dollar vs Gold? Ketika dolar melemah apa yang terjadi pada emas? Emas goes UP, UP, UP!

2) Permintaan

Anda bukan seseorang sahaja yang menerima pengetahuan ini, penulisannya ada di mana-mana. Pelabur dan hedge fund sama-sama menelan lebih banyak emas dalam jumlah besar lebih dari sebelumnya. Bagi mereka di AS yang masih tertidur di switch, pelabur di India akan membeli emas dengan jumlah tidak anda inginkan.

Jangan lupa Negara China, yang tidak malu mengatakan warga itu melabur dengan membeli semua emas dan perak mengikut kemampuan mereka.

Bolehkah anda mengatakan Jutawan ? Jadi, inilah pelajaran dari Ekonomi 101. Ketika Permintaan meningkat dan penawaran menurun, apa yang terjadi pada HARGA? Kata SD Watson!

3) Ikuti "Wang Pintar"

Pernahkah anda mendengar ungkapan "Jika anda ingin menjadi kaya, ikuti apa yang orang kaya labur" Jadi, siapa orang terkaya di dunia dalam pelaburan ini? Drum roll sila ... anda mendapatkannya,

EMAS! Black Rock Inc salah satu pengurus pelaburan terbesar mengatakan bahawa tahun 2009 merupakan titik balik ... Untuk pertama kalinya dalam lebih dari 20 TAHUN Bank Pusat telah menjadi PEMBELI bersih sebagai lawan Penjual Emas Bersih.

4) Krisis Mata Wang Masa Depan

Sejarah (Isi )_______ . Kita telah melihat apa yang terjadi dengan Portugal, Sepanyol, Itali, Ireland, Iceland, dan Yunani. Kami juga telah melihat England dan ekonomi yang lain yang tak terhitung jumlahnya berjuang untuk memulihkannya.

Ini adalah SELALU apa yang terjadi dengan mata wang yang hanya disokong oleh keyakinan penerbit Bank Negara. PERNAH melihat dalam sejarah dunia, mata wang fiat (buatan manusia) yang mampu bertahan lama ... PERNAH!

Jika anda masih di luar sana berfikir bahawa Dolar AS boleh membuat "comeback" dengan semua yang telah terjadi, maka anda akan menjadi seperti petani yang tidak akan masuk ke ruangan akar bawah tanah, berfikir bahawa tornado menuju rumahnya pasti akan mengelilinginya!

Sekali lagi saya katakan TIDAK PERNAH dalam sejarah tiada satupun mata wang fiat selamat, dan dolar AS tidak mendapat pengecualian. Jika anda tidak memiliki emas, apa yang harus anda akan jelaskan ... kertas dan tinta.

5) Mudah Sebagai 1,2,3

Pindah ke $ 5,000 atau lebih pada ons ini pasti berlaku dalam 3 tahap yang berbeza, dengan setiap tahap cepat mempercepatkan untuk memdahului.

Tahap 1 mata wang akan terus menurunkan nilai sehingga hampir tidak ada nilai. Infonya - Dolar AS telah kehilangan 97% dari kuasa beli sejak awal!

Tahap 2- tahap permintaan pelaburan emas adalah terkuat di dunia dewasa ini.

Tahap 3, harga emas tidak akan bergerak secara berperingkat, tetapi lebih kepada tujahan ke atas (TAKE OFF) seperti setiap batang potongan kayu diikat pada roket! Perbandingannya harga emas hari ini nampaknya berubah seperti orang bodoh berubah

Tuesday, January 25, 2011

Statement terbaru,untuk dua hari


Nie statement aku yang terbaru,setakat nie cemerlang.semua berjalan lancar seperti yang dirancang.Menggunakan trendline sebagai batas,dan alligator sebagai peranti merupakan gabungan yang mantap,yang mampu menghasilkan beratus pip dalam satu masa..aku akan mencuba lagi sehingga bulan enam ni,untuk aku memberi jaminan dan memperbaiki kekurangan gabungan dua skill ini.

Kisah Semalam


Kalau dilihat dari graf nie,dah cukup untuk orang agak,apa yang aku nak cakap..heheh..nie cite semalam punya(orang ganu sebut crite mareing..).bila price dah melintas batas yang aku buat tuh,maknanya,dia nak suh aku trade untuk dapatkan duit,tapi almaklum la..duit aku nie bukan ade banyak sangat pun,aku trade dengan kadar yang ade,dengan membuka dua post,dan meletakkan take profit 100 dan 30,semua tuh mengena dengan jaya..hehehe...rezeki anak aku la tuh....fatin humaira'.

Monday, January 24, 2011

Produk GOLDCREST PAVILION(GCP)


Gold bar pamp s.a 500gram

Gold bar pamp 100gram pink certificate

gold bar pamp s.a 1kg

pamp lady fortuna 5g,10g,20g,50g,100g

Graf Emas untuk hari ini.

Kalu dilihat dari graf emas ini,kemungkinan emas akan turun dulu sebelum melonjak pada awal tahun ini.Sekarang ni adalah masa yang sesuai untuk membeli dan mengumpul emas sebelum harga emas akan naik melambung lagi selepas ini.Paling segera,emas akan naik pada perayaan cina nanti..anda sudah bersedia???

Sekadar Renungan

Dalam sebuah hadis Nabi S.A.W pernah bersabda,"seseorang itu akan dibangkit di hari akhirat nanti bersama dengan orang yang dicintai". walaupun hadis ini pendek,tapi cukup memberi seribu satu pengertian kepada kita.Dan sebagai satu pilihan untuk kita,untuk bersama siapakah yang menjadi pilihan kita nanti apabila di akhirat.Andainya cinta ini diletak kepada golongan yang dimuliakan oleh ALLAH pada hari itu,mudah-mudahan,kita juga mendapat kemuliaan itu,namun,seandainya kita meletakkan kecintaan kita kepada golongan yang dihina ALLAH pada hari itu....???? renung-renungkanlah...

Produk GOLDCREST PAVILION(GCP)


Dinar GCP 4.25g,diameter 23mm,ketulinan 999.9

Great Britain 1911 gold sovereign 8 gram, 22 karat.

Rantai tangan pasir padu 10g,20g,30g,50g, dan 100g(bahagian depan)

Bahagian belakang

Berat 10gram


Berat 20gram

Berat 30gram

Berat 50gram

Berat 100gram